Tuesday 18 September 2012

hantaran kahwin

Assalamualaikum & salam sejahtera semua.

hari ni sangat-sangat penat tau. lepas balik dari kerja kena temankan Along dan tunang dia pergi beli barang hantaran. sebelum pukul 5, dorang dah terpacak dekat my office. huhu.

lepas je me punch card (terpaksa), kami semua terus ke Ipoh Parade untuk beli barang. Alhamdulillah, ada beberapa barang yang kami nak, ada. senang je. Allah permudahkan urusan kami. :)

selepas tu, kami pergi ke Aeon Station 18 untuk beli barang-barang lain jugak. kami makan malam dekat food court situ dan teruskan misi pencarian. dalam hati ni sakit je hati tengok, banyak pulak baju-baju & kasut yang cantik-cantik. T__T

dalam kul 9.00 malam, kami terus balik ke rumah. tapi sebelum tu kena singgah ambik my car dekat my office dulu, sebab pergi dengan 1 kereta tadi. hihi.

masa on the way balik tu, me memang dah tak larat. penyakit semput datang balik. kali ni memang teruk sangat. mak terpaksa urut dada & belakang me. i have no time nak pergi buat scan. abah bertegas ajak pergi hospital. tapi memikirkan keadaan hospital yang kena tunggu lama tu, batalkan je la niat nak pergi.

sakit-sakit ni tetap gagah kan diri untuk solat. time macam ni la kena ambik peluang. Allah bagi sakit sebab sayang. Allah nak uji kita. :)

Much love,
Tira.

No comments:

Post a Comment