hari ni sangat-sangat penat tau. lepas balik dari kerja kena temankan Along dan tunang dia pergi beli barang hantaran. sebelum pukul 5, dorang dah terpacak dekat my office. huhu.
lepas je me punch card (terpaksa), kami semua terus ke Ipoh Parade untuk beli barang. Alhamdulillah, ada beberapa barang yang kami nak, ada. senang je. Allah permudahkan urusan kami. :)
selepas tu, kami pergi ke Aeon Station 18 untuk beli barang-barang lain jugak. kami makan malam dekat food court situ dan teruskan misi pencarian. dalam hati ni sakit je hati tengok, banyak pulak baju-baju & kasut yang cantik-cantik. T__T
dalam kul 9.00 malam, kami terus balik ke rumah. tapi sebelum tu kena singgah ambik my car dekat my office dulu, sebab pergi dengan 1 kereta tadi. hihi.
masa on the way balik tu, me memang dah tak larat. penyakit semput datang balik. kali ni memang teruk sangat. mak terpaksa urut dada & belakang me. i have no time nak pergi buat scan. abah bertegas ajak pergi hospital. tapi memikirkan keadaan hospital yang kena tunggu lama tu, batalkan je la niat nak pergi.
sakit-sakit ni tetap gagah kan diri untuk solat. time macam ni la kena ambik peluang. Allah bagi sakit sebab sayang. Allah nak uji kita. :)
Bismillah, today is my first day wearing a hijab. i mean fully berhijab. this is for good. Alhamdulillah. Allah choose me to receive his Hidayah. nobody push me to wear a hijab. :) i feel so complete.
Assalamualaikum & salam sejahtera untuk semua readers. kalau ada la :p hihi
hari ni rasa sangat sebak. rasa sebak bila melihat wajah kedua-dua ibu bapa saya. terlampau banyak dosa dah saya buat. entah kenapa hari ni rasa terlampau sangat sedih. kesian melihat kan kedua ibu bapa yang sembahyang dan mengerjakan ibadat tapi saya anak yang degil ni tetap heret mereka ke neraka. sebab utama adalah tak bertudung. sayu hati bila pikir macam tu.
entah kenapa hati ni meronta-ronta hendak berubah. hendak memakai tudung. bukan sebab nak tunjuk baik, tapi sebagai 1 tuntutan dalam Islam. sampai bila tak nak berubah? sampai bila nak free hair? sampai bila nak tambahkan dosa mak & abah? Ya Allah. sedih bila pikir.
bila my parents tanya, bila nak pakai tudung, jawapan saya, tunggu lepas kahwin. sekarang ni baru terpikir, dosa suami nak jaga, tapi ibu bapa yang bela kita dari kecik, kita tak nak jaga. betapa teruk rasa diri ni. kenapa tak nak jaga perasaan ibu bapa. kenapa?
Alhamdullilah, keputusan saya amik ni memang tak sia-sia. my bestfriends and friends support me no matter what. thank you guys. semoga Allah panjangkan umur anda semua, murahkan rezeki. kita sama-sama berubah ke arah kebaikan okay? Amin.
Ya Allah kau tetapkan la hati ni. jangan sesekali berpaling dari Mu. Amin. saya rasa tak perlu nak tunggu bulan 12 dah, kenapa nak tunggu lagi untuk berubah? terima kasih Ya Allah. Kau pilih diri ini untuk terima HidayahMu.
kepada semua yang baca ni, saya mintak maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki, mungkin pernah menyakitkan hati anda semua. saya insan yang lemah, tak pernah lari dari melakukan kesilapan. doakan saya menjadi insan yang lebih baik. saya juga mendoakan anda menjadi seorang yang lebih baik.
kepada yang nak berubah tu, buat lah. jangan teragak-agak. saya pun macam anda. buat kena ikhlas. memang ramai yang akan perli/kutuk. tapi baik cantik dari sisi Allah daripada sisi manusia, betul tak?
bulan depan, genap setahun kami putus. terus terang cakap, ni merupakan break up yang paling susah nak dilupakan. terlampau banyak kenangan. manis dan pahit. hidup terumbang-ambing. rindu, sedih, marah, kecewa semua ada.
when we were together, this relationship banyak ajar me erti SABAR. before with him, me seorang panas baran, tapi lepas dengan dia, dah kurang. sangat-sangat. dengan dia jugak, me belajar untuk express perkataan 'i love you' dekat lelaki. you can ask him how frustrated he was when i tak reply balik cakap i love you dekat dia. i'm not good in expressing how i feel. booo tira! now dah okay, i can say it loud! LOL. this is not funny. okay okay. =.='
tipu kalau cakap tak rindu dia langsung, tipu kalau tak ada perasaan nak try call dia, tipu tak pergi ambil balik sweater dia & peluk sampai tertido, tipu kalau rasa nak pergi KL sangat2 & jumpa dia. Ya Allah, terseksa sangat bila ada perasaan tu.
akan terus bertambah sedih, bila kawan-kawan ingatkan pasal dia. tanya ada rindu atau tak, ada contact ke tak. tapi sebab ego, yes ego tau kawan-kawan. cakap tak ada. i'm okay la apa la. tak okay my dear friends! :'(( kawal perasaan tu. kawal sangat-sangat sebab tak nak u guys risau. :(
family. my parent suka sangat dekat my ex. he is the first guy yang my parent suka & okay. ingat senang nak dapat kepercayaan dorang? ingat senang laki nak datang my house? & paling penting, ingat senang my dad nak bagi lelaki sleep at my house? tak senang okay!
kadang-kadang terpikir, if dia sabar & percaya me lebih dari apa kawan-kawan dia cakap, confirm we still together. kalau u tak di batu api kan oleh perempuan tu, which is dah jadi ur gf now, sure u tak kan tinggalkan i. kenapa u ego? kenapa u salahkan i? kenapa u tak boleh tunggu i? kenapa?
kenapa lepas tiga tahun lebih kita dah together, baru sekarang u tuduh i curang? kenapa i tak curang dari dulu? kenapa bila u curang, u letak wallpaper & screen saver gambar perempuan lain, u tak pikir pasal i ni? ada i tak bagi u peluang? banyak dah i bersabar untuk u. just sebab mulut kawan u sorang tu, i terus dihukum macam ni?
kawan-kawan u cakap i curang, apa dorang buta? terus terang nampak u berchatting dengan girl lain panggil dear2, sayang. dorang tak tuduh u curang pulak? i ni yang takde bukti, tuduh macam tu je, cakap i curang? ini adil? adil sangat?
1 lagi, if betul sangat i curang, kenapa i sanggup pergi KL, celebrate your birthday walaupun time tu kita dah break? saje suka2 ke nak pergi sana? kenapa bila dah 6 bulan kita break up, baru u nak cari i? tapi u datang cari, sengaja nak sakitkan hati i. maki i? last2 u couple jugak dengan perempuan tu.
dari sudut hati ni memang ada rasa sayang lagi. me bukan seorang yang mudah jatuh cinta, susah nak percaya orang. susah nak terima lelaki dalam hidup. susah nak keluar dengan lelaki berdua. susah nak pergi berkenalan dengan lelaki. yee, korang boleh cakap me kolot. but that is me. if korang kenal rapat, korang boleh tahu about me.
before me and my ex together, ambil masa 6 bulan baru la me berani nak pergi jumpa dia. susah okay. lepas dah berjumpa lebih kurang sebulan, baru kami couple.
sekarang, me dah jumpa someone yang memenuhi apa yang me inginkan, tapi malang sekali. terlampau banyak perbezaan. he is a great guy, he knows how to tackle my heart. sumpah cair bila dia senyum. tapi tak kan bertahan lama. he will gone too. gonna leave me here. this year will be our last year together. dont know when we gonna meet again. kena bersedia. kuatkan hati ni. again. sigh,
entry kali ni memang emo. korang yang tak nak baca, boleh terus tekan X dekat atas belah kanan tu. okay? P/s ; lari masuk toilet & nangis.